Hubungan mesra usahawan kosmetik terkenal, Hasmiza Othman atau lebih sinonim dengan panggilan Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan hangat wargamaya di laman media sosial.

Terbaru, Vida telah berkongsi momen ketika membuat satu kejutan istimewa bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran Iqbal yang ke-27 menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Vida, kejutan istimewa buat Iqbal itu telah diaturkan dan dirancangkan oleh pekerjanya.

@ahmadiqbalzulkefli SUPRICE BIRTHDAY STAFF PUNYA ARRANGEMENT..SAMBUT BIRTHDAY IQBAL @ahmadiqbalzulkefli

“PENUH MAKNA.KATA KATA YG SINIS & PEDIH PADA APA YG KAMI LALUI DULU 2018..@ahmadiqbalzulkefli telah buktikan..WUJUD CINTA SEJATI,” tulisnya.

Di samping itu, Vida memberitahu ini merupakan satu momen yang manis dan terindah buat dirinya.

Pada masa sama, Vida turut meluahkan rasa yakin terhadap keputusannya untuk mendirikan rumah tangga buat kali kelima bersama Iqbal dan percaya dengan kewujudan cinta sejati.

“INSYAALLAH SY YAKIN DGN NAWAITU IQBAL & SAYA..
@ahmadiqbalzulkefli

“TEAM STAFF SY ARRANGE BIRTHDAY SUPRISE YG SANGAT TOUCHING..SY JUST FOLLOW..MOMENT INDAH YG AKAN DIKENANG,” tulisnya.

 Sebelum ini, hubungan mesra usahawan berusia 49 tahun ini bersama Iqbal telah mendapat perhatian ramai selepas mereka dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Disember ini.

Foto: Instagram DSV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here