Penyampai radio, Feeya Iskandar ada berkongsi momen anak sulungnya, Adam Malique yang berniaga air di tepi jalan sepanjang bulan ramadan ini.

Menerusi entri berkenaan, Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan memaklumkan gerai air tersebut terletak di Kampung Delek Lorong Haji Zakaria, Klang.

Di samping itu, Feeya turut mempromosikan gerai air tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

“beli air beli air..siapa beli air dpt selfie dgn malique. hahaha dkt kampung delek lorong hj Zakaria,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar)

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dan kecomelan Malique berniaga air di gerainya.

Dalam perkembangan lain, Feeya kini telah kembali ke konti radio Suria FM selepas tamat menjalani tempoh berpantang, bermula hari ini.

Untuk rekod, Feeya mendirikan rumah tangga bersama Nurashid pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Adam Malique, 3, Nuh Aryyan, 2 dan Muhamad Zidane yang dilahirkan pada 11 Februari lalu.

Foto: Instagram Feeya Iskandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here