Baru-baru ini, selebriti sensasi Azwan Ali atau lebih mesra dengan sapaan Diva AA ada meluahkan kecaman terhadap seorang selebriti terkenal yang kini sedang tular di laman media sosial.

Meski tidak mengatakan nama selebriti berkenaan, foto yang dikongsi oleh Diva AA itu telah memperlihatkan pakaian pernah dikenakan oleh penyanyi Ifa Raziah ketika memberikan penjelasan terhadap isu yang tular di laman media sosial membabitkan penyanyi lagu Gemerincing Rindu itu.

 

Kecaman itu dibuat oleh Diva AA setelah terjumpa rakaman video tersebut di ruangan laman media sosial aplikasi TikTok.

“ASAL AKU TEKAN TIK TOK JER ? MUKA SEMPUDAL RETIS SANGKAK NEGARA TERSIALLL ZAMAN MERUDUMMMM NI ? COME ON TIK TOK ? TAKDE CONTENT LAIN KER ? LU SAPAAA? GTHHHH PUIII,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Twitter miliknya.

Sebelum ini, nama Ifa Raziah telah menjadi perhatian ramai selepas dipercayai telah membatalkan janji temu vaksinasi di saat akhir oleh kerana tidak mendapatkan vaksin jenis keluaran jenama Pfizer.

Foto: Instagram Ifa Raziah, Azwan Ali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here