Pelakon, Syed Aiman ada berkongsi cerita perihal mengenai tahap kesihatan dirinya yang disahkan menghidap penyakit ‘Anxiety Disorder’ sebelum ini.

Kongsi suami kepada penyanyi Linda Rafar ini, tahap kesihatannya kini sedikit merosot seperti sesak nafas selepas kehilangan ibu tercinta buat selamanya, pada 26 Ogos yang lalu.

Bukan itu, Aiman turut mengakui dirinya mengalami masalah kemurungan yang teruk akibat berhadapan dengan pelbagai ujian hidup.

Dalam pada itu, pelakon berusia 46 tahun ini telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar.

“Assalamualaikum…Maaf kan saya tak dapat balas banyak message on whatsaap,ig n fb..

“Mungkin ramai yg dah sedia tau .. sy baru kehilangan ibu tercinta pada Hari jumaat 26august 2021 yg lalu..Banyak Dugaan yg sy lalui hampir 30 Hari ini..

“Alhamdulilah.. terima kasih pd isteri sy yg sentiasa ada di saat sy down..Keadaan sy kemurungan bila sy di diagnose mengidap anxiety disorder..

“Mungkin benda baru bg diri saya tp sy yakin sakit ini dtg drp allah.. dgn allah jugak sy Mohon pertolongan

“Pagi tadi tiba2 sy rasa sesak nafas dah isteri sy terus col master drp @acuhealingmy utk bantu sy..Alhamdulilah now sy under his treatment..

“mohon Jasa baik all my followers utk doakan yg baik2 utk sy ye..Tq so much to master @acuhealingmy utk BG good treatment,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Sekadar informasi, arwah ibu Aiman, Tuan Zainad Syed Mamat telah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 26 Ogos yang lalu.

Foto: Instagram Syed Aiman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here