Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad ada berkongsi cerita dan mengimbau kembali kenangan saat dirinya ingin membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) selepas tamat mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 2001.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad mendedahkan dirinya pernah ditertawakan oleh rakan-rakannya dahulu selepas memaklumkan ingin melanjutkan pengajian tinggua di ASWARA untuk mencapai impian menjadi seorang pelakon.

“Dulu masa orang tanya aku lepas SPM sambung belajar mana? Aku jawab Akademi Seni Kebangsaan. Mereka tanya belajar apa kat situ? Aku jawab ambil diploma teater.

“Kebanyakkannya akan gelak dan kata “nak jadi pelakon pun kena belajar sampai 3 tahun? Buang masa je” mereka gelak,” tulisnya.

Meski begitu, pelakon drama bersiri The Maid ini tidak pernah berasa marah mahupun berdendam dengan tindakan rakan-rakannya yang memberikan pendapat sedemikian kepada dirinya.

“Tapi aku tak pernah pun marah atau berdendam dengan mereka. Pendapat orang memang akan berbeza beza. Selama 3 tahun aku menuntut ilmu di situ,aku bukan belajar untuk menjadi pelakon tapi aku belajar untuk menjadi MANUSIA.

“Aku belajar untuk memahami maksud tersirat dan tersurat, belajar untuk menjadi orang yang mempunyai empati, belajar untuk menghormati orang lain, memberi dan menerima dan banyak lagi. Sedar diri, sedar masa, sedar ruang. Teater itu sendiri memanusiakan manusia,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)

Pelakon berusia 37 tahun ini telah mula melibatkan diri dalam dunia lakonan selepas muncul buat kali pertama di kaca televisyen menerusi drama telefilem Sutun 2, pada tahun 2006.

Foto: Instagram Sherry Alhadad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here