Umum mengetahui, pelawak dan usahawan Shuib telah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia termasuk penglibatannya dalam kumpulan Sepahtu, sekitar bulan Januari lalu. 

Meski sudah jarang meluangkan masa bersama, kumpulan pelawak Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Rahim dan Pak Ya memberitahu mereka sering berhubung dengan rakan baiknya, Shuib untuk bertanya khabar. 

“Sebenarnya, boleh dikatakan bukan hari-hari tapi kerap juga kami berhubung dengan dia untuk bertanya khabar. Kami faham dengan keadaan dan situasi sukar yang dilaluinya,

“Alhamdulillah, bila bercakap dengan dia memang akan sentiasa gelak ketawa bersama boleh kata macam tiada apa-apa masalah. Tetapi sebagai sahabat lama, kita tahu gelak tu adalah gelak kosong, 

“Memang dia gelak macam selalu tapi pada pandangan kami gelak tu lain. Macam baru ni, kami ada berjumpa dia 3 hari lepas, nampak dia gelak tapi tak seperti diri dia yang dulu, cara ketawa pun lain,” katanya. 

Dalam pada itu, Jep turut menzahirkan rasa kebimbangan setelah mengetahui Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ada berjumpa dengan pakar psikiatri, baru-baru ini. 

“Kita sebagai kawan, kita dah banyak bagi kata-kata semangat dan dia pun dari segi rohaninya harus dirawat juga maka sebab itu dia perlu dapatkan nasihat serta bantuan daripada pakar, 

“Jadi, saya harap dia tidak terlepas pandang untuk banyakkan berdoa untuk diri dia sendiri. Kadang-kadang semangat tu hilang jiwa itu kosong, 

“Saya kata pada dia, kalau dia terlalu sangat memikirkan hal itu, takut dia pula yang sakit. Saya takut benda begitu terjadi sebab kalau dia sakit lagi teruk, anak-anak semua sangat perlukan dia pada ketika ini,” tambah Jep. 

Sepahtu telah ditemui di sidang media program ‘Mencari Sepahtu Yang Hilang yang diadakan di The Vertical Hotel, Bangsar, pada Rabu. 

Kumpulan pelawak ini bakal menjadi juri untuk program pencarian bakat baru itu yang akan bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Warna, mulai 2 Disember depan. 

Foto: Instagram Shuib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here