Program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) telah menyaksikan kumpulan Sa.Ya yang dianggotai oleh pelawak Saiful Apek dan Yassin tersingkir di konsert minggu ke-8, pada malam Ahad. 

Dalam pada itu, usahawan terkenal Datuk Seri Vida ada memberikan pendapat mengenai penyingkiran tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. 

Tambah Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, persembahan kumpulan Sa.Ya adalah lebih baik berbanding Shidee yang turut menduduki di tangga kedua tercorot. 

“SAYA RASA ADA MASALAH GV MINGGU PENTING NI..TOWARDS KE SEPARUH AKHIR.. SA.YA PERFORMANCE ADA X FACTOR MALAM NI.. 

“SHIDEE PULA NAK DI SIMPAN ..NAK SELAMATKAN ….NAMPAK SANGAT PILIH BULU..

“BULU PAHAT TAK KELUAR SUARA..TAPI DISIMPAN..?ATAS DASAR APA?..LAGEND? KALAU DAH SAH SAH PANCIT ? NAK SELAMATKAN LAGI?, YANG BAGUS DI SINGKIRKAN..

“ADAKAH SEBAB MEREKA PELAWAK..MENJADI FILLER JER DALAM GV..TIBA TIBA LAIN JADI..MEREKA BERUSAHA BAIKI KELEMAHAN MEREKA..

“AKHIRNYA HASILKAN GREAT IMPROVEMENT SETIAP MINGGU…SAYA TAHULAH..MAINAN NI..SAYA MANTAN SPONSER GV..

@saifulapek @yassinsenario78,’ tulisnya panjang lebar. 

Sebelum ini, Vida pernah menjadi penaja utama program Gegar Vaganza untuk beberapa musim yang terdahulu. 

GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 10 malam. 

Foto: Instagram Datuk Seri Vida

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here