Pelakon, Nad Zainal ada mengimbau kembali kenangan ketika menghadapi masalah krisis ekonomi yang pernah berlaku dalam sejarah negara pada tahun 1997.

Di samping berkongsi pengalaman yang dihadapinya bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin turut terimbau kesusahan dan kepayahan yang dilalui oleh ibu bapanya.

Menurut Nad, masalah krisis ekonomi tersebut sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap masalah kewangan serta sumber pendapat keluarganya.

“pada tahun 1997-98 , krisis ekonomi, jujurnya saya tak begitu terkesan…. walaupun saya tahu kedua ibu bapa saya struggle waktu itu, tapi mereka akan pastikan makanan untuk saya tersedia.. saya bersekolah seperti biasa..

“mama tidak bkerja dan mengambil upah jaga anak orang, dan saya? masih selesa.. tak ada apa yang kurang.. walaupun bila tiba bulan puasa, mama saya hanya makan tauhu sumbat 3 ketul waktu berbuka, dan dia kata ia sudah memadai… dan saya percaya…

“namun sekarang saya terfikir, betul kah apa yang dia kata? atau hanya menipu saya kerana tidak mahu anaknya risau atau rasa bersalah? lauk ayam goreng diganti dengan ikan bulus kadang-kadang, which i dont mind actually.. sedap je… and IM HAPPY… walaupun bila difikir kembali.. apalah agaknya orang tua saya bualkan sebelum tidur waktu itu?,” tulisnya.

Dalam pada itu, bintang drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini mengakui untuk mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam tempoh masalah krisis ekonomi negara bukan satu perkara yang mudah.

“mesti runsing memikirkan macam mana nak survive dan kini..tiba waktu saya pula membesarkan anak dalam situasi sukar ini, dan berharap mereka “tak sedar” akan keperitan yang kami ibu bapa tanggung…

“saya pasti, semua ibu bapa sayu melihat anak membesar terperuk dalam rumah, ada yang makan ala kadar, pelajaran entah ke mana…di harap 10 tahun akan datang kita mampu mengimbas kembali zaman kegelapan ini dengan senyuman

“kerana kita berjaya melalu detik hitam itu bersama cepatlah pandemik ini berlalu Nad Zainal,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

Foto: Instagram Nad Zainal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here