Bagi anda yang mengikuti drama bersiri berjudul Kingdom, sudah pasti tidak sabar untuk menonton musim ketiga yang bakal disiarkan di penstriman Netflix mulai 27 Julai ini.

Malah, pelakon Rita Rudaini yang pernah menonton musim terdahulu turut meluahkan rasa yang sama untuk menonton drama bersiri berkenaan.

Pada masa yang sama, pelakon berusia 45 tahun ini ada memberikan pendapat mengenai drama dan filem yang dihasilkan dari luar negara yang nyata jauh lebih baik daripada karya tempatan.

Menurut Rita, karya yang dihasilkan dari luar negara lebih bermutu dan berkualiti tinggi berbanding drama dan filem tempatan.

“Sisturr follow cite ni dr season 1-2…dah kluaq sequel utk musim yg akan dtg…xsabaq nk tggu season 3 bila tgk Ashin of the north ni…mmg best gila…

“heroin dia plak sblm ni blakon komedi romantik je…kali ni berbeza watak dia…netflix semua byk cite yg ke depan,pengajaran terselit yg buat kita berpikir utk mencari n gali…

“bukan cite yg terhidang mcm fastfood..cite2 heavy kekeluargaan,corruption,kecurangan,skandal,di benci mertua..zaman dulu rashid sibir n amie maziah dah buat

@rashidsibir_opera @amiemaziah_makmie rindu nyaaaa cite dulu2..setiap scene meriah kn… @rashidsibir_opera nnti kami PM lg tau list2 utk abg *Mohon post ni xde sapa yg kena serang HALUSINASI lg,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Drama Kingdom merupakan sebuah drama rantaian daripada Korea Selatan pernah mendapat sambutan hangat daripada penonton tempatan untuk musim terdahulu yang disiarkan di penstriman Netflix pada tahun lalu.

Foto: Instagram Rita Rudaini

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here