Seperti sedia maklum, penyanyi Noorulhuda Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nourul Depp sekeluarga telah berhijrah dan menetap di Bali, Indonesia.

Difahamkan, penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini telah selamat tiba di negara seberang, sejak Sabtu yang lalu.

Terbaru, menerusi entri di akaun Instagram, Nourul telah menerima satu mesej perbualan daripada seorang wargamaya yang memohonnya untuk tidak lagi pulang ke tanah air.

Lalu, penyanyi berusia 44 tahun ini meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu berkenaan.

Malah, Nourul menyifatkan tindakan sedemikian sebagai satu masalah kesihatan mental dan harus dihindari oleh semua orang untuk melakukannya.

Dalam pada itu, Nourul menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga tingkah laku serta pertuturan dengan orang lain.

“What do you think? Kalau berada di tempat kami, apa hangpa rasa? Just luahkan…Kesian mental sesetengah manusia dan kesian juga mental mereka yang sering terkena dengan manusia bitter macam ni

“Maaflah. Terpaksa letak juga. Terfikir, kalau kami kena, orang lain lagilah. Dalam Masyarakat kita, ramaia yang bagitahu ada kena macam ni selalu

“Samada dia bitter atau joke keterlaluan untuk perhatian.Perlukah cyber bully begini wujud?? Macam mana nanti kesan mental anak anak kita apbila mereka ada socmed nanti…jika masih ramai bersikap begini

“Dia sakit kan hati kami, dia sakitkan juga hati follower kami. Dia berdosa bukan dengan kami saja. Tetapi dnegan semua pengikut dan semua yang sayang kami. Susunlah langkah nanti nak mintak ampun dari kami semua. Hati2 kalau sakitkan hati manusia.

“Bila nama manusia, kita ada komuniti di belakang kita. Kalau celebrity, ramailah pengikutnya. Jenuh letih nanti di sana nak cari siapa yang dah kita sakitkan.Semoga ambil ikthibar.

“Keterlaluan sedih dengan keadaan atau berjenaka? Pada siapa kita nak report untuk cyber bully? Mohon tag badan2 tertentu agar mereka ini berubah sikap atau langsung tak boleh gunakan socmed. #cyberbully #gobacktofb #gobacktofbwiththatish,” tulisnya panjang lebar.

Foto: Instagram Nourul Depp

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here