Pelakon, Izreen Azminda yang sedang hamil 5 bulan sudah mula memberi pentunjuk nama cahaya mata ketiganya bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Kongsi Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam, nama gelaran anak ketiganya itu bermula dengan huruf ‘A’.

Selain itu, Izreen juga kini dilihat sudah mula menyediakan barang kelengkapan untuk bayi yang dijangka bakal dilahirkan pada bulan September depan.

“Ni utk baby “A” la.. bukan utk awak dedek .. sbb comfy sgt.. dia siap nk minum susu dia kat baby nest ni  tq @flybyfly_malaysia,” tulisnya.

Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.

Foto: Instagram Izreen Azminda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here