Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Amar Baharin, iaitu Amyra Rosli telah menerima komen negatif daripada netizen selepas mempromosikan satu peniaga buah Durian premium di laman akaun Instagram miliknya.

Ini kerana, ada segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan tindakan Amyra dan menyifatkan ibu kepada dua orang cahaya mata itu tidak menghormati kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Jelas Amar, promosi yang dilakukan oleh isterinya itu untuk membantu kepada para peniaga mendapatkan sumber pendapatan sepanjang  perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

“Kesian @aamyrarosli Niat nak tolong peniaga waktu lockdown ni tapi ada juga penerimaan -ve dari warganet. Siapa nak tolong kita kalau bukan kita sesama sendiri?

“Keinginan dan kemampuan tu dua jalan berbeza. Berbelanja ikut kemampuan ( keperluan ). Kami pon banyak perkara yg kami inginkan tapi kami tak mampu.

“Takde pulak kami marah orang yang jual Vellfire Royal Lounge tu. Kami beli Bezza je. Janji boleh keluar cari rezeki muat utk bawa keluarga syukur Alhamdulillah,’  tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Foto: Instagram Amar Baharin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here