Menerusi rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3, Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James ada berkongsi cerita tentang masalah buli yang pernah dialaminya waktunya di sekolah dolok.

Sambil nya berkongsi cerita dan membincangkan topik yang bertajuk ‘Buli Yang Tiada Kesudahan’ bersama penonton, anak kelahiran Kuching, Sarawak ada juak berkongsi pengalaman yang dilaluinya sebelum tok.

Pemegang sijil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini ada nyebut masalah buli terjadi gara-gara dirinya memiliki warna kulit gelap dan kurus.

“Pengalaman kamek menjadi mangsa buli dolok, sebenarnya waktu ya kamek masih belajar di sekolah menengah. Kamek tok jenis orang yang sik banyak kawan dan kamek rasa zaman ya kamek kena buli disebabkan penampilan kamek.

“Kamek jenis pemalu dan pada masa yang sama kamek antara pelajar yang dikira tinggi banding dengan pelajar lain dalam kelas. Menjadi orang yang tinggi, ngempun kulit gelap dan kurus antara sebab kamek sik ramai kawan.

“Disebabkan ya, kamek sik ada keyakinan dalam diri terutama bila bersama dengan sidak kawan-kawan perempuan yang lain,” padahnya.

Model berusia 25 tahun tok ada nyebut masalah buli yang dihadapinya telah memberikan impak besar di zaman usia mudanya.

Pendapat Francisca paling penting kepada sidak ibu bapa untuk memainkan peranan dalam menangani masalah buli tok yang sering berlaku di sekolah.

“Kamek sik pernah ceritakan pasal kena buli di sekolah dengan sidak sebab kamek malu. Tapi disebabkan ibu bapa kamek jenis yang peka perubahan sikap diri kamek, ambil berat tentang diri kamek walaupun kamek pura-pura untuk menjadi okey, sidaknya akan tahu yang sebenarnya kamek sik okey,” ditambahnya.

Sekadar informasi, Francisca merupakan wanita kaum Dayak pertama berjaya meraih gelaran Miss Universe Malaysia 2020.

Foto: Instagram Francisca Luhong James

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here