Setiap ibu bapa yang memiliki zuriat sudah semestinya mahu memberikan yang terbaik kepada anak agar menjadi seorang insan yang berjaya

Tidak dinafikan untuk mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan satu perkara yang mudah dan harus bijak dalam mengorak langkah masa depan anak-anak.

Pelakon, Samihah Ahmad Baderi atau lebih dikenali sebagai Mia Ahmad menasihati kepada para ibu bapa untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada anak.

Selain itu, Mia menyifatkan tindakan seperti memaksa anak untuk menjadi seperti apa yang kita inginkan bukan satu sikap yang bagus untuk dipraktikan oleh para ibu bapa.

“As a parent, we tend to do mistake. Lepas tu letak expectation yang sangat tinggi dekat anak. Paksa anak untuk jadi macam mana yang kita nak.

“Tapi satu benda yang kita selalu lupa, lupa untuk didik anak dengan AKHLAK yang baik.. Lupa bergantung dengan Allah, rasa anak tu hak milik kita sepenuhnya.

“Hati-hati ayah dan ibu.. Jangan terpedaya dengan perangkap dunia,” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Imbas kembali, Mia telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Sayf Issa, 3 tahun dan Iris yang kini baru berusia 1 tahun.

Foto: Instagram Mia Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here