Pelakon lelaki berusia 29 tahun bersama pengarah dan penolong pengarah telah ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Memetik laporan Harian Metro, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh pihak berkuasa mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Ketika serbuan dilakukan di lokasi kejadian, ketiga-tiga mereka berada dalam bilik berasingan.

Kesemua mereka dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here