Penyanyi dan usahawan, Rafidah Ibrahim ada berkongsi cerita kisah rumah tangganya bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Menurut Rafidah, dia berasa sangat syukur kerana kini berpeluang merasai nikmat sebagai pasangan suami isteri dan alam perkahwinan.

Pada masa sama, Rafidah berharap ikatan perkahwinan bersama suaminya, Shahzemir Shahzulkarib sentiasa dilindungi dan mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah. Syukur pada Allah pinjamkan nikmat suami isteri di dunia ini.. Pelbagai dugaan yg kami lalui, semoga Allah lindungi kami dari fitnah kehidupan & kematian.

“Thank you sayang sudi melayan fida dan…. We love u! . *dia lah set up camping, dia lah masak barbecue, dia lah jugak kena nyanyi.. Hehe.. Dia lah suamiku! @mithosama,” tulisnya.

Dalam pada itu, Rafidah memberitahu dia sentiasa melakukan sesi bermaafan bersama suaminya hampir setiap malam setelah hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga.

“(Alhamdulillah setiap malam Allah izinkan kita bermaafan, besar sungguh tanggungjawab & bebanan yg ditanggung oleh seorang suami. Maafkan isterimu ini yg banyak kerenahnya!),” tulisnya lagi.

Rafidah, 35, sah bergelar isteri dengan bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib, 37 pada 7 Mei yang lalu.

Foto: Instagram Rafidah Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here