Baru-baru ini, penyanyi Datuk Nora Ariffin ada membuka ruang soalan dan pertanyaan bersama peminat menerusi Insta Stories di akaun media sosial Instagram miliknya.

Mencuri perhatian apabila ada seorang pengikutnya yang bertanyakan pendapat kepada penyanyi yang sinonim dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu mengenai sikap suami yang bertindak curang dan memiliki hubungan sulit dengan wanita lain.

“Pendapat Kak Nora tentang perampas suami orang? Saya sedih sebab suami diam-diam ada kekasih,” tanya peminat.

Lalu, penyanyi berusia 47 tahun ini telah memberikan pendapatnya mengenai perkara tersebut.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin menasihati kepada individu tersebut untuk tidak berasa sedih sekiranya perkara tersebut berlaku.

Dalam pada itu, Nora menegaskan tindakan pasangan yang menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain adalah satu dosa disisi agama Islam.

“Erti perampas meaning perempuan tu ambil/curi & bawak balik rumah dia. Suami tu tak boleh balik rumah dia lagi. Itu perampas.

“Ada kekasih, tak kahwin, berdosa. Biarkan dia, tak payah sedih, biar Allah balas perbuatan dia,” tulisnya.

Foto: Instagram Nora Ariffin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here