Baru-baru ini, drama bersiri berjudul Cukup Derita Itu telah mendapat perhatian penonton setia drama tempatan.

Bukan itu sahaja, barisan pelakon hebat yang digandingkan dalam drama tersebut nyata mendapat pujian daripada peminat.

Pelakon, Jasmin Hamid yang mendukung watak Mak Gayah ada berkongsi cerita ketika menjalani pengambaran drama arahan oleh pengarah terkenal, Along Kamaludin.

“Kalau uols seram tengok babak ni, kami sebenarnya lagi SERAM bila Tuan Sutradara @alongkamaludin sebut ‘ACTION ‘..

“Bukan senang kami nak buat babak ni.. Perlukan energy yang cukup..
Semua kepenatan lepas buat babak ni.. Semua pihak bekerja keras untuk jayakan babak ni..Love team #cukupderitaitu,” tulisnya.

Selain itu, Jasmin juga menyifatkan pelakon Ruhainies sebagai seorang pelakon yang komited kerana telah memberikan kerjasama yang hebat untuk menjayakan drama tersebut.

“Walaupun kami guna teknik lakonan tapi ada juga yang tersasar..
Love @ruhainies7 sebab bagi sepenuh kerjasama dan jiwa dia untuk drama ni .
Saya dapat rasa diri LANI..

“Masa saya baca skrip untuk drama ni, saya berharap sangat pelakon yang bawa watak LANI, jujur dengan watak. Kalau tak, penat saya berlakon bila itu tak boleh, ini tak boleh..
Kau bawak je lah watak TUAN PUTERI

“Macam tu juga dengan LANA..Dia bagi saya rasa yang dia adalah ANAK MAS Mak Ngah yang pandai beli jiwa. @chacha_maembong,

Di samping itu, Jasmin memberitahu dirinya sangat komited dan memberikan sepenuh jiwa untuk menjayakan sesuatu watak dalam lakonannya.

“Saya bukanlah pelakon yang syok sendiri sebab nak tunjuk hebat atau lepas dendam dalam set..saya akan bagi 150% bila bekerja supaya BERKAT gaji yang saya terima..

“Lagipun SALAH DARI SEGI ETIKA KERJA.. Kalau tak suka, tarik tepi je.Settle luar GELANGGANG..
So far ALHAMDULILLAH, saya TAK PERNAH ada problem dengan mana-mana pihak yang saya pernah berkerja ..Semua saya sayang

“Ini baru permulaan..Uols kena tonton sampai Episode 40 sebab sorang demi sorang akan buat onar.. Ramai yang akan jadi GANG MAK NGAH
Istighfar je banyak-banyak

“Saya harap watak MAK NGAH GAYAH dapat MERESAP dalam jiwa penonton..
TERIMA KASIH PADA UOLS YANG SUPPORT KERJAYA SAYA UNTUK SAYA TERUS BERJUANG DALAM DUNIA SENI Hebat Bukan?,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, drama yang berkisahkan konflik kekeluargaan dan percintaan ini dibintangi pelakon Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Rosnah Johari dan ramai lagi.

Cukup Derita Itu bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here