Setelah berjaya melayakkan diri untuk konsert minggu keempat, penyanyi Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi cerita mengenai pembabitan dirinya dalam program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya. 

Kongsi Fazley, dia meluahkan rasa kagum dan hormat dengan para peserta GV8 lain yang nyata jauh lebih hebat berbanding dengan dirinya. 

Pada masa yang sama, Fazley mengakui turut berasa tercabar dengan kebolehan dan kelebihan penyanyi lain yang bertanding dalam pertandingan nyanyian berkenaan. 

“Minggu ke-4?! Allahuakbar! Rezeki yang saya tak pernah jangka! Pentas hebat ini sangat besar untuk keupayaan saya yang sedang2 saja 

“jika dibandingkan dengan peserta2 lain yang terlalu dasyat dalam dunia nyanyian @gegarvaganzaofficial, 

“Saya seorang tukang masak, yang kebetulan pernah menjadi penyanyi rakaman, berbanding dengan rakan2 lain yang menjuarai sama ada pertandingan nyanyian yang hebat2 atau sering perform di pentas2 besar di kaca tv sepanjang kerjaya seni mereka. 

“Saya tabik hormat buat semua peserta #gegarvaganza8 . Saya sangat kerdil di sisi anda semua,” tulisnya. 

Meski begitu, Fazley memberitahu bahawa tetap tidak berputus asa dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada penonton dari minggu ke minggu seterusnya. 

“Namun ini tak pernah bermakna saya patah semangat, malahan saya tetap kekal berusaha untuk buat lebih baik dari minggu sebelumnya! 

“Minggu ini saya keluar terlalu jauh dari zone selesa saya, saya usahakan untuk hafal choreography lagu dangdut, saya belajar bergelek dengan penari2 saya @sherinadhillon malahan malam sebelumnya, 

“saya sempat belajar bergelek dengan isteri saya sampai pukul 3 pagi! Terima kasih Adik sayang! @azrene_ahmad,” tulisnya lagi. 

Selain itu, Fazley mengakui untuk menyanyikan lagu irama Dangdut sambil menari ketika membuat persembahan di atas pentas bukan satu perkara yang mudah dan nyata sangat berbeza daripada zon selesa nyanyian dirinya. 

“Lagu ini saya mula2 cuba nyanyikan versi hindi, tapi ibu saya sendiri @rsd.umi nasihatkan supaya kekal dengan versi melayu kerana tahu saya struggle sangat dengan lirik hindi, 

“apatah lagi nak menyanyi lagu dengan ‘air’ dangdut yang tak pernah2 saya buat seumur hidup! Ya Allah, pada saya ianya sangat sukar-menari, bergelek dan menyanyi dangdut,” tulisnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Sekadar informasi, Fazley bakal menyampaikan lagu berjudul Mahligai Syahdu, nyanyian asal Datuk Hattan untuk konsert minggu keempat GV8, pada Ahad depan. 

Program GV8 telah diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiarang langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD. 

Foto: Instagram Fazley Yaakob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here