Pereka fesyen terkenal, Radzuan Radzwill ada berkongsi pengalaman dirinya dalam meniti perjalanan untuk menjadi seorang pereka fesyen, suatu ketika dahulu.

Jelasnya, untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya dan kekal utuh dikenali ramai bukan satu perkara yang mudah.

Pereka fesyen kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini memberitahu untuk menjadi seorang pereka fesyen pada masa kini adalah lebih mudah berbanding dengan zaman dahulu.

“Nak jadi Pereka fesyen zaman sekarang ni kalau ada duit dah boleh jadi “fashion designer “Kalau dulu kita punyalah belajar dari zaman ITM hingga dapat sambung belajar ke Tokyo tu.

“perah otak bersengkang mata belajar teknik itu ini, belajar menghasilkan sesuatu yg creative ikut seni tersendiri.

“sama macam buat ‘painting’ setiap penghasilan sesuatu gambar tu ada cerita nya tersendiri.. sebab tu kalau tgk org jual lukisan ni mahal2 belaka sebab bukan sekadar lukisan biasa..#senitumahal #fashiondesigner #perekafasyen,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RADZUAN RADZIWILL (@radzuanradziwill)

Foto: Instagram Radzuan Radziwill

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here