Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila berlakunya gencatan senjata terhadap Palestine yang telah menjadi mangsa peperangan.

Menerusi laman media sosial Twitter, bekas hos rancangan MeleTOP ini berharap agar orang ramai bersatu untuk terus berjuang demi mempertahankan kesejahteraan rakyat di Palestine.

Meski berlakunya gencatan senjata, selebriti berusia 32 tahun ini menyifatkan perjuangan untuk rakyat Palestine masih belum selesai.

“Alhamdulillah! First step to freedom, InshAllah. We will continue to stand in solidarity with Palestine and fight for their freedom. Perjuangan kita masih belum selesai #FreePalestine,” tulisnya.

 

Terdahulu, Israel dan pejuang Hamas, mengumumkan gencatan senjata pada Jumaat selepas pertempuran selama 11 hari yang menyaksikan serangan berterusan di Semenanjung Gaza.

Gencatan senjata itu bermula jam 2 pagi waktu tempatan.

Foto: Twitter Neelofa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here