Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan, pelakon Diana Rafar telah menerima hadiah sebuah basikal berjenama daripada suami tercinta, pelakon Zamarul Hisham. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram, Diana memberitahu ini merupakan hadiah paling istimewa buat dirinya setelah 11 tahun melayari bahtera perkahwinan. 

Pada entri yang sama, Diana mengakui tidak pernah memahami dan menyokong minat suaminya dalam aktiviti sukan berbasikal, sebelum ini. 

Malah, adik kepada penyanyi Linda Rafar ini turut mendedahkan penceraian bersama Zamarul sebelum pernah berpunca daripada gara-gara hobi suaminya itu. 

Jelasnya, situasi tersebut berlaku kerana dirinya sering berasa Zamarul lebih mementingkan hobi dan minatnya kepada sukan berbasikal berbanding dirinya sendiri. 

“Hadiah paling istimewa.11 tahun dulu memang tak pernah faham minat dia bertahun cuba faham dan selami hobi dia tapi tak pernah boleh… 

“Pernah kami berpisah pasal basikal, pernah jugak diana ditipu bulat2, dia kata basikal dia semua sponsor. 

“Atlast kantoi jumpa resit dalam bonet keta.Pernah tak bertegur lama pasal rasa dia penting kan basikal dari Diana,” tulisnya. 

Namun, Diana memberitahu kini semuanya telah berubah dan ikatan perkahwinan bersama suaminya kembali utuh apabila dirinya cuba untuk mengalami minat suaminya. 

“Tapi selepas 11 tahun baru diana faham itu adalah minat dan terapi diri dia and NOW diana pulak terjebak .. Luv u Pa. sorry sb Mama tak memahami dulu.- @kashhaiqal #luvusomuchhh #duerodabicycleandanitzbikecafe #derosamerak #derosbikes,” tulisnya lagi. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Rafar (@dianarafar)

Imbas kembali, Diana mendirikan rumah tangga bersama Zamarul pada 16 Mei 2009 namun telah bercerai pada 15 Januari 2015. 

Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk rujuk kembali dan telah diijab Kabul semula pada 15 Mei 2015. 

Setelah hampir 12 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata. 

Foto: Instagram Diana Rafar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here