Kisah perhubungan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli kembali hangat diperkatakan dikalangan wargamaya. 

Difahamkan, Iqbal kini telah membawa diri berhijrah ke negara seberang di Indonesia untuk seketika waktu bagi mencari ketenangan setelah pelbagai kontroversi yang berlaku membabitkan dirinya. 

Baru-baru ini, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman ada memuat naik beberapa keping foto terkini dirinya di laman media sosial Instagram miliknya. 

Menerusi entri tersebut, Vida tampak berseri dan ayu meski tanpa mengenakan sebarang solekan diwajahnya. 

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata nasihat kepada usahawan berusia 50 tahun itu untuk terus kuat dan tabah dalam mengharungi ujian percintaan. 

Malah, peminat juga menyarankan kepada Vida untuk berhenti mengejar sertai meraih cinta daripada Iqbal. 

“Stop chasing him. U’ve nothing to lose dato! Please don’t down grade yourself,” tulis seorang wargamaya. 

“Sy kesian kat dato.dato nak apa sebenarnya?,” tanya seorang netizen.

“move on jela… cukup2 la sebelum ni memalukn diri sendiri,” tulis lagi seorang wargamaya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here