Penyanyi, Ning Baizura memberitahu bahawa dia bakal menutup dan memadam akaun media sosial Facebook miliknya.

Jelasnya, akaun tersebut telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan gambar serta video lucah di ruangan maya berkenaan.

Menurut penyanyi yang sinonim dengan Awan Yang Terpilu ini, perkara ini sudah berlaku hampir seminggu yang lalu.

Lalu, penyanyi berusia 46 tahun ini memohon agar orang ramai untuk segera berhenti mengikuti serta membuat laporan terhadap akaun media sosial berkenaan.

“Dear friends & fans! As of now I have closed and deleted my Facebook account! Today is a sad day. I have to close my private account (Ning Dalton) and fan page www.facebook.com/Ning.Baizura

“This is a tough decision to make. But I had too. Been hacked on and off for almost a week. They posted nudity videos posts and IG stories again today. Please unfollow and report this page (Ning.Baizura),

“Bye bye Facebook. For now. Will keep u guys posted on my next move here. I guess I needed to remove all the bad toxic energy and move on. I believe there’s always a blessing in disguise,

“Ada hikmah disebalik pelbagai dugaan. InsyaAllah God Allah loves me and he will guide me to a better journey. Thank you guys for your love, support and never ending positivity,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Foto: Instagram Ning Baizura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here