Baru-baru ini, selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor telah menjadi perhatian netizen selepas didakwa telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Aidilfitri pada 13 Mei lalu.

Insiden ini berlaku selepas kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila telah memuat naik satu rakaman video yang memaparkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan bersalaman satu sama lain.

Lantas rakaman video berdurasi 27 saat tersebut terus dikongsi oleh netizen dan tular di laman media sosial.

Dalam pada itu, selebriti terkenal Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA meluahkan rasa kemarahan dan kesal terhadap perkara tersebut.

“2 X DAH ? KO GELUPUH LANGGAR SOP ! NI KECOH KALI KE 3 ! LAGI LAGI MUKA KO? MAK BAPAK KO TAK AJAR KO KER ? MUHASABBAH WEIII! KERANA KO ?

“RAKYAT TERSINGGUNG & MARAH ! KAYANGAN SGT KER KO ? APA SUMBANGAN BESAR KO KAT INDUSTRI HIBURAN MSIA ? TAG ANY POKIMAK DPT RM200! TC APPLIES,” tulisnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, memutuskan umat Islam tidak dibenarkan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Foto: Instagram Neelofa, Azwan Ali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here