Tahniah diucapkan kepada pelakon tampan, Remy Ishak yang kini sudah sah bergelar suami kepada suri pilihan hatinya, Ezza Yusof sebentar tadi.

Pasangan yang sudah menjalinkan perhubungan selama lapan tahun ini kelihatan sangat secocok sambil mengenakan pakaian sedondon rona putih.

Majlis pernikahan yang dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu hanya dihadiri oleh kedua-dua mempelai bersama seorang wali kepada pengantin perempuan.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh abang pengantin perempuan iaitu Rozman Yusof.

Ezza atau nama lengkapnya Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin daripada Remy sebagai mas kahwin.

Sebelum ini, pasangan ini pernah mengikat tali pertunangan pada 1 Mei 2017 namun ikatan pertunangan tersebut berakhir di tengah jalan pada tahun 2019.

Foto: Instagram Remy Ishak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here