Isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof dilihat telah membuat satu kejutan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-40, malam tadi. 

Ezza pada masa sama juga turut berkongsi momen ketika meraikan ulang tahun kelahiran aktor terkenal tanah air itu di kediamannya bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya. 

Selain dihiasi dengan belon udara rona emas dan hitam, Ezza telah menghadiahkan sebiji kek yang tertera kata ucapan ‘Happy Birthday Suamiku’. 

Lantas, sikap romantik yang ditonjolkan oleh pasangan sejoli ini mendapat perhatian dan pujian daripada peminat. 

“Alhamdulillah… nak nangis pulak tengok video ni… Happy 40th birthday @remyishak . Semoga diberikan kesihatan yg baik.. dicurahkan rezki. Sukses dunia dan akhirat dan terus menjadi husband yg terbaik buat my dear sis @ezzarl .. Amin Ya Rabb!,” tulis seorang peminat.

“Happy Birthday.. Suka lah tengok u all berdua @ezzarl & @remyishak semoga bahagia dan ceria selalu ,” puji lagi seorang peminat di ruangan komen entri berkenaan. 

“So sweet Happy birthday @remyishak welcome to the 4 series club Moga pasangan ini sentiasa berkasih syg & kekal spi ke Jannah…Aamin,” titip wargamaya. 

“Jarang nmpk couple ni gmbar dlm suasana romantik. Tahniah Eza n Remy. Hpy bfday to Remy,” luah seorang netizen. 

Imbas kembali, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak telah mendirikan rumah tangga bersama Ezza pada 21 Ogos yang lalu. 

Foto: Instagram Remy Ishak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here