Penyanyi, Datin Alyah mengakui berasa rindu apabila mengenangkan memori dan kenangan sewaktu zaman remajanya.

Di samping itu, penyanyi yang sinonim dengan Thank You Allah ini mahu mengundur masa kembali ke zaman remajanya untuk memperbaiki kesilapan dirinya sebelum ini.

Namun, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bersyukur kerana dirinya kini masih berkesempatan untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi seorang yang lebih baik dan matang.

“2,3 hari ni Ahhhhku sedang kemaruk lagu lagu kumpulan SLAM bukan kumpulan scam ya…

“Rindu zaman remaja klu bole putar blk.Aku nak betulkan byk pekara Bual2 kosong ptg ni…

“Tapi sekarang syukur dah byk dah Allah swt bantu utk menjadi lebih matang Alhamdulillah…,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji penampilan Alyah yang tampak semakin anggun dan ayu menerusi ruangan komen entri berkenaan.

“cantiklah datin…” tulis seorang peminat di ruangan komen

“Lawanya baju datin. Mcm best je pakai,” puji lagi seorang netizen

“Cantik baju datin,” tulis netizen.

“cntik nyaaa lgu2 lame mmng feels truk,” balas seorang warganet.

Foto: Instagram Alyah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here