Penyanyi, Siti Sarah memaklumkan khabar duka bersama pengikut di laman media sosial Instagram apabila pembantu rumahnya telah disahkan positif Covid-19, hari ini.

Sarah yang kini sedang hamil anak keempat meluahkan rasa kerisauan serta kebimbangan terhadap ahli keluarganya jika dijangkiti wabak penyakit berkenaan.

Lantas, Sarah dan ahli keluarganya telah segera menjalani ujian saringan Covid-19 di kediamannya.

Pada masa yang sama, penyanyi yang sinonim dengan lagi Semakin ini mengharapkan para peminat untuk mendoakan seluruh ahli keluarganya dijauhi daripada penyakit tersebut.

“jantung ni macam nk jatuh bila maid Sarah positif Covid. Sarah tak fikir apa-apa dah, yg sarah risau anak-anak n baby dlm perut ni.

“Anak2 sarah sekrng ni tengah demam. Ya Allah berderau darah ni….macam-macam benda sarah fikir kalaulah sarah n suami positif, mcm mana anak2…..

“kalau anak2 pulak positif siapa nak jaga diaorng kt pusat kurantin.. Minta jauh ya Allah… Kami satu keluarga baru je buat swab test harap2 semua xde apalah.

“Sarah kena kuat, baby dh masuk tujuh bulan. Mohon doakan Sarah dan keluarga ye,” tulisnya.

Untuk rekod, Sarah mendirikan rumah tangga bersama pelawak dan juga usahawan, Shuib, 37, pada 26 Februari 2011.

Pasangan popular ini mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Foto: Instagram Siti Sarah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here