Umum mengetahui, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan, pada Isnin lalu.

Perkara itu dimaklumkan Muhyiddin menerusi satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.

Lalu, kedudukan dan jawatan Perdana Menteri yang bakal mengantikan posisi Muhyiddin telah menjadi tanda tanya kepada warganet.

Hasil tinjauan Ikat Tepi di laman media sosial Instagram milik pelakon dan penyanyi, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepadanya di ruangan komen.

Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang meluahkan rasa gembira sekiranya bapa Dafi , iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya untuk mengalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

 

Foto: Instagram Dafi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here