Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 untuk berkongsi pendapat serta membincang topik yang topik ‘Penat Kena Leter?’ bersama penonton.

Perkongsian yang diadakan secara virtual itu, Zarina memberitahu sebagai seorang ibu kepada empat orang cahaya mata dia sering berleter dengan anak-anaknya.

Seperti umum mengetahui, pelakon berusia 50 tahun ini memiliki sepasang anak kembar yang menhidap penyakit Autisme dan dua orang anak yang normal.

Namun jelas Zarina, leteran tersebut sering diberikan terhadap dua orang anaknya yang normal berbanding Azal dan Azil yang menhidap Autisme.

“Bercakap fasal berleter saya dengan anak-anak, saya ada dua orang anak Autisme iaitu Azal dan Azil. Saya kalau dengan Azal suka mengusik-usik dia sebab dia ada berinteraksi dengan kita, kalau macam Azil saya tak boleh berleter dengan dia sebab saya kena tunggu reaksi daripada dia dulu,

“Saya juga ada dua orang anak yang normal dan saya rasa saya jadi lagi panas dengan anak-anak yang normal ni sebab mereka boleh mendengar, bercakap tapi mereka susah nak bagi respon kepada saya,

“Macam sekarang kita kan dalam situasi pandemik jadi tugas sebagai ibu tu akan banyak luang masa di rumah. Jadinya kita memang akan banyak berleter, kadang tu nak panggil mereka makan pun susah. Anak-anak ni memang akan menuntut kesabaran diri kita,

“Saya banyak berleter dengan anak saya normal tapi kadang-kadang mereka buat pekak atau dengar sahaja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri, buat saya sakit hati kadang sampai saya merajuk tak nak bercakap dengan mereka. Bila saya diam dan menangis, baru mereka mahu beri perhatian kepada diri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina berpendapat sebagai seorang perlu untuk berleter supaya dapat mendidik anak dengan lebih sempurna.

“Saya rasa masa keadaan pandemik ini adalah masa untuk kita luang bersama keluarga dan ruang untuk kita ajar anak kita cara-cara untuk buat kerja rumah. Jadi perkara seperti berleter ini mesti atau perlu untuk seorang ibu lakukan,” katanya lagi.

Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.

Foto: Instagram Zarina Zainuddin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here