Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang telah memberikan komen negatif terhadap perkongsiannya di laman media sosial.

Difahamkan, pelakon berusia 46 tahun ini gemar mengunakan platform laman media sosial untuk mempromosikan drama lakonannya dan berkongsi isu-isu semasa bersama pengikutnya.

Dalam pada itu, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid memaklumkan artis antarabangsa turut melakukan perkara yang sama.

“Salah ke bila saya promote drama lakonan saya dan juga isu-isu semasa di sosmed saya sendiri?

“Ada orang kata sosmed saya kotor sebab penuh dengan promotion drama sendiri.. sedangkan artis international pun guna platform sosial media mereka untuk promote film mereka dan isu semasa,

“Saya hanya artis Malaysia yang cuma sebesar kuman kalau nak dibandingkan kemasyuran mereka. Think about it,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Serentak dengan itu, rata-rata peminat menitipkan kata semangat dan positif kepada pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu.

 

Foto: Instagram Jasmin Hamid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here