Baru-baru ini, tular di laman media sosial selepas seorang bintang media sosial terkenal, Ryzal Ibrahim didakwa telah menghina serta mempersendakan pakaian tradisional masyrakat Iban di Sarawak.

Bukan sahaja mendapat perhatian di kalangan netizen, golongan selebriti tanah air juga turut ada memberikan komen mengenai tindakan Ryzal yang dilihat seperti tidak menghormati dan menjaga sensitiviti perkauman di Malaysia.

Pelakon, Raja Ilya misalnya ada menitipkan kata nasihat kepada pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Di samping berkongsi beberapa keping foto ketika mengenakan pakaian tradisional kaum Iban, Ilya menasihati kepada orang ramai untuk memupuk rasa sayang antara satu sama lain.

“Untung kita orang Malaysia Ada budaya Dan tradisi , sama sama kita jaga tradisi Ini Dan sayang sesama sendiri .. #spreadlove #lifestyleoflove wardrobe/make up by @alisya_zaquan #bumikenyalang,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian pelakon berusia 35 tahun itu.

“Sik Bait Nganok Baju Tradisi Orang Kedak Ya,”- Beguro Nganok Pakaian Tradisional Kaum Iban, Ryzal Ibrahim Nerima Kecaman Sidak Netizen

Foto: Instagram Raja Ilya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here