Baru-baru tok, tular di laman media sosial selepas sorang bintang media sosial terkenal, Ryzal Ibrahim didakwa udah menghina serta nganok pakaian tradisional masyarakat Iban di Sarawak.
Selain mendapat perhatian sidak netizen, golongan selebriti tanah air juak turut merik komen berkaitan tindakan Ryzal yang seolah-olah sik menghormati dan menjaga sensitiviti perkauman di Malaysia.
Pelakon, Raja Ilya sebagai contoh ada merik kata nasihat kepada pengikut di laman media sosial Instagram milik nya empun.
Di samping nya berkongsi beberapa igek gambar ketika nya makei pakaian tradisional kaum Iban, Ilya merik nasihat untuk semua orang supaya nanam rasa sayang antara satu sama lain.
“Untung kita orang Malaysia Ada budaya Dan tradisi , sama sama kita jaga tradisi Ini Dan sayang sesama sendiri .. #spreadlove #lifestyleoflove wardrobe/make up by @alisya_zaquan #bumikenyalang,” tulisnya.
View this post on Instagram
Bila ditangar di ruangan komen, rata-rata sidak netizen meluahkan rasa setuju dengan perkongsian pelakon berusia 35 tahun ya.
Foto: Instagram Raja Ilya