Sudah bosan menikmati menu makanan yang sama hampir setiap hari? Anda ingin menikmati sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan? Apa kata anda cuba Fitas Risoles yang dijamin sedap sehingga menjilat jari!

Bukan sahaja rasanya yang sedap, Fitas Risoles ini sangat ranggup di bahagian luar dan inti dagingnya penuh serta padat.

Risoles keluaran syarikat Fitas Enterprise ini sangat istimewa berbanding jenama lain yang ada di pasaran kerana ia dihasilkan secara ‘homemade’ tanpa mengunakan mesin.

Sebagai produk makanan keluaran Muslim, sudah semestinya ianya dijamin Halal dan syarikat Fitas Enterprise amat menitikberatkan soal kerbersihan penghasilan produknya agar para pelanggan sentiasa mendapatkan yang terbaik.

Bukan sahaja boleh dinikmati oleh orang dewasa, Fitas Risoles ini juga boleh dinikmati pelbagai lapisan umur termasuk golongan kanak-kanak kerana ia tidak berasa pedas.

Tetapi sekiranya anda peminat makanan pedas, anda boleh nikmatinya dengan cili padi, sos cili dan sos kicap.

Untuk pengetahuan anda, Risoles ini didatangkan dalam keadaan sejuk beku dan setiap pek mengandungi 6 ketul bersaiz besar dijual dengan harga RM20 sahaja. Sudah semestinya sangat berbaloi!

Bagi anda yang menetap disekitar Lembah Klang, ada boleh mendapatkannya dengan segera di kedai Mamart Food cawangan TTDI Jaya, Shah Alam dan Seri Kembangan atau melalui agen yang berdaftar.

Untuk mengetahui senarai agen yang berdekatan dengan anda atau sebarang pertanyaan, ada boleh menghubungi mereka di akaun Instagram rasmi Fitas Risoles.

Foto: Instagram Fitas Risoles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here