Pelawak dan usahawan, Shuib memaklumkan bayi lelakinya yang dilahirkan secara pra-matang mula menunjukkan selepas dibedah keluar pada petang Jumaat.

Menerusi perkongsian di InstaStories, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu meluahkan rasa syukur kerana cahaya mata keempat mereka yang diberi nama Pasangan popular ini mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. itu berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah sedikit update utk AYASH AFFAN (Baby baru lahir pramatang 7bulan) Dr Faiz HUKM bgtau alhamdulillah pg ni dia dah bukak mata, kaki dah menendang nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.

“YA Allah syukur,ini juga berkat doa korang semua yg tak henti2 mendoakan kesihatan Ayash.

“SY BALIKKAN DOA2 kalian,semoga korang juga dipermudahkan segala urusan,diberi kesihatan yg baik,terhindar dr segala kemudaratan insyaAllah Amin,” tulisnya. 

Sekadar informasi, Sarah yang disahkan positif Covid-19 telah selamat menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang, pada Jumaat bagi mengeluarkan bayi pramatang ketika usia kandungannya berusia tujuh bulan.

Penyanyi lagu kesetiaan itu telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Imbas kembali, Sarah mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here