Penyanyi, Lah Ahmad telah terlibat dalam satu insiden malang apabila dia dan rakan-rakannya terkandas di dalam sebuah lif, pada Jumaat.

Kongsi Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad, insiden tersebut berlaku selepas lif yang dinaiki tersangkut di tingkat 31 sebuah bangunan secara tiba-tiba.

Difahamkan, penyanyi berusia 41 tahun ini telah hadir ke bangunan tersebut untuk menjalani sebuah pengambaran.

Menurut Lah, dia telah terkandas dalam lif berkenaan selama setengah jam sebelum anggota Bomba Dan Penyelamat tiba di tempat kejadian.

Namun, Lah bersyukur kerana semua yang terlibat dalam insiden malang tersebut telah selamat.

Alhamdulillah kami semua selamat al kisah siang tadi, setengah jam lif sangkut.

“Terima kasih atas doa semua. Salah satu pengalaman yang takkan dilupakan. Dalam setiap kesusahan Allah pasti akan memberikan kesenangan dan jalan keluar,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lah Ahmad (@lah_ahmad)

Foto: Instagram Lah Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here