Penyanyi, Hafiz Suip memohon doa daripada peminat untuk mendoakan untuk dirinya agar sentiasa kekal istiqamah dalam mencari kebahagiaan di sisi Allah SWT.

Dalam pada itu, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip mengakui dirinya tidak celik mengenai perkara yang berkaitan dengan keagamaan lalu ingin berubah ke arah yang lebih baik.

Penyanyi kelahiran daripada program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini percaya dengan jalan kebaikan ini akan memperoleh kejayaan di dunia serta akhirat.

“Assalamualaikum wbt gaisss…buat renungan bersama..saya berani mengaku saya bodoh agama..tapi saya takut saya buta agama..

“doakan saya gaisss…semoga kita semua istiqomah mencari kebahagiaan diri kita gaiss di sisi Allah SWT dan Kekasihnya Muhammad SAW…

“kerana di situ lah kejayaan yang pasti…dunia dan akhirat InshaAllah..,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Suip (@hafizsuip)

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan doa dan nasihat buat penyanyi kelahiran Kuching Sarawak itu.

“Semoga Kita semua dibawah lindungan Dan rahmat Allah s.w.t,” titip seorang peminat.

“Aaminn semoga Allah permudahkan urusan,” doa seorang peminat yang lain.

“Kamek doakan moga kitak dikurniakan ‘afiyah, rahmah serta sentiasa di dalam lindunganNYA.. aamiin ya rabb..,” tulis lagi seorang peminat.

Foto: Instagram Hafiz Suip

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here