Baru-baru ini, usahawan dan selebriti Zarina Anjoulie ada melakukan pembedahan sedut lemak atau Liposuction di bahagian perut tubuhnya.

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina ada berkongsi foto sebelum dan selepas menjalani pembedahan tersebut.

Nyata, pembedahan sedut lemak yang dilakukan oleh Zarina membuahkan hasil apabila selebriti berusia 33 tahun itu kini kelihatan semakin langsing.

Menurut Zarina, untuk melakukan pembedahan dan rawatan tersebut dia telah membelanjakan wang sebanyak RM12,000.

“since ramai minta before after pic lipo perut saya …. saya Buat lipo dekat perut RM12k boleh Buat dekat @my_gorgeous_clinic,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dan teruja selepas melihat hasil pembedahan yang dilakukan oleh ibu tunggal itu.

“Woowww . Terbaikk anjuu,” puji seorang peminat.

“Amazing sis… Kalo ada rezeki teringin jgk nk buat hihi,” luah raa teruja peminat yang lain.

“beza btl terbaik,” tulis seorang warganet yang lain.

“Wow..sakit tak?” tanya peminat.

Foto: Instagram Zarina Anjoulie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here