Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke-64, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza telah merakamkan semula lagu patriotik berjudul Warisan yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Allahyarham Sudirman.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi laman rasmi YouTube Siti Nurhaliza telah mendapat perhatian dan pujian daripada peminat.

Dalam pada itu, terdapat satu komen daripada individu yang berbangsa Cina memberikan pujian terhadap keperibadian Siti sebagai seorang penyanyi berbangsa Melayu.

Jelasnya, nyanyian Siti telah memberikan impak dengan membuatkan bangsa lain serta dirinya untuk menyukai alunan muzik Melayu tanah air.

Meski berbangsa Cina, individu ini memandang tinggi terhadap adab dan sopan santun bangsa Melayu yang telah ditonjolkan oleh penyanyi berusia 42 tahun ini.

Selain itu, individu tersebut menyifatkan Siti sebagai lambang orang Melayu yang sebenar dan seorang lagenda paling teragung dalam sejarah Malaysia.

“Saya chinese tapi saya suka dengar lagu melayu2 klasik lagi2 kalau Siti Nurhaliza yang menyanyi. Saya suka, nyanyian beliau buat saya lagi jatuh cinta dengan irama melayu klasik, alunan nyanyian beliau sgt indah tiada tolak bandingnya dan tiada tandingannya, 1 dalam berjuta2, khazanah nusantara yang sebenar

“Terima kasih Dato Sri Siti kerana telah mempersembahkan music melayu menjadi begitu lebih indah dan membuat pendengar2 yang bukan melayu seperti kami ini mahu mendengarkannya.

“Malah saya juga sangat menyukai dengan irama melayu tradisonal juga disebabkan Dato Sri Siti sendiri. Saya chinese tapi saya bangga ada Melayu macam Siti. Saya cintakan adab & budaya orang melayu disebabkan keperibadian Dato Sri Siti, saya chinese tapi saya pandang sopan santun org melayu dgn tinggi sebab sopan santun seorang Siti Nurhaliza..

“Saya tengok siti baru saya tahu melayu itu indah. Kalau nak tengok adab orang melayu yang sebenar, tengokla beliau. Kalau nak tengok sopan santun melayu yang sebenar, tengokla beliau..

“Siti adalah lambang orang melayu yang sebenar. Akhir kata beliau adalah seorang lagenda yang paling teragung dlm sejarah Malaysia,” tulisnya panjang lebar menerusi ruangan komen.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here