Baru-baru ini, penyanyi Zynakal ada menulis perkataan ‘UGA UGA’ yang membawa maksud goyang di dalam Bahasa Tagalog di ruangan komen posting Instagram milik rakan penyanyi Yonnyboii.

Namun komen tersebut telah disalah tafsir dan Zynakal dikatakan seolah-olah mempersendakan warga Sarawak.

Bagi menjernihkan keadaan, Zynakal telah memuatnaik satu rakaman video permohonan maaf secara terbuka di Instagram miliknya pada Isnin.

Jelas Zynakal, niatnya hanyalah untuk bergurau tentang reaksi muka Yonnyboii yang juga merupakan rakan karibnya di dalam industri muzik dan langsung tiada niat untuk mempersendakan budaya mahupun adat penduduk negeri Sarawak khususnya.

“Saya hanya bergurau tentang reaksi wajah Yonny dalam posting yang dibuatnya’, ulas Zynakal di dalam video tersebut.

Selain itu, Zynakal turut berjanji insiden sedemikian tidak akan berulang lagi. Akhir kata dari Zynakal, “Kamek sayang kitak”.

Dalam pada itu, pihak Warner Music Malaysia yang juga mewakili Zynakal dengan rasa rendah diri memohon maaf serta  menzahirkan rasa berterima kasih kepada semua rakan media yang tidak pernah jemu menyokong Zynakal sejak dahulu hingga kini.

Foto: Instagram Zynakal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here