Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan telah memaafkan kepada semua yang pernah memberi kata fitnah serta hinaan kepada dirinya.

Menurut Ebit, dia memberi kemaafan tersebut kerana Allah SWT meski ahli keluarga turut terpalit dengan perkara tersebut.

“Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi,bodoh, penunggang, dan lain-lain.

“Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya,bidadari saya, dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ebit turut memohon maaf kepada sesiapa sahaja sekiranya ada yang tersinggung dengan perbuatannya menjelaskan pertuduhan yang diterimanya tempoh hari.

“Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ye pada semua.

“Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah covid ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita semua.

“Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.

“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya yer.
Cukuplah sampai sini yer. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya- ebitlew,” tulisnya lagi menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Foto: Instagram Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here