Bagi anda yang pernah menonton dengan drama sitkom Cili Padi, sudah pasti mengenali dengan figura pelakon dan pengacara tanah air, Jaafar Onn. 

Baru-baru ini, Jaafar atau nama lengkapnya Jaafar Onn Awang telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk program bual bicara Wanita Hari Ini, di TV3. 

Menerusi undangan yang diadakan secara maya, Jaafar telah berkongsi pendapat serta membincangkan topik ‘Hidup Berpasangan Atau Sendiri Lebih Baik?’ bersama penonton. 

Pelakon berusia 70 tahun ini berkata dia tetap berasa bahagia dengan kehidupan yang dimilikinya kini meski pernah menghadapi kegagalan dalam rumah tangga dan hidup bersendirian.

“Sejujurnya, saya tidak akan berasa gusar apabila bersendirian kerana saya mempunyai lebih beribu anak angkat di seluruh dunia,

“Saya mencari anak angkat melalui aplikasi Facebook dan mereka semua melayan saya dengan baik, 

“Di Malaysia sahaja, banyak anak angkat yang boleh menjaga saya, setiap petang ada sahaja yang menghantar makanan, buah-buahan, 

“Jadi masa itu terisi apabila mereka datang berjumpa saya macam sebuah keluarga. Ada anak angkat yang ambil berat tapi ada juga yang mengambil kesempatan untuk meminjam duit dan sebagainya,” katanya. 

nbsp;

Foto: Instagram Jaafar Onn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here