Penyanyi, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana mendedahkan dirinya masih berpeluang dan berjaya untuk mendapatkan vaksin Covid-19 yang telah disediakan secara percuma kepada orang ramai.

Lalu, penyanyi berusia 36 tahun ini menyarankan kepada orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menerima vaksin tersebut sekiranya telah berjaya mendapat temu janji pengambilan vaksin.

Jelasnya, masih ramai yang benar-benar ingin menerima vaksin namun belum berjaya mendapatkan tarikh temu janji pengambilan vaksin.

Dalam pada itu, ibu tunggal ini mengharapkan agar orang ramai segera menerima vaksin Covid-19 demi untuk melindungi diri dan ahli keluarga tersayang daripada dijangkiti wabak penyakit berbahaya itu.

“Saya sampai berlari-lari nak daftar vaksin tapi tak lepas jua. Kepada mereka yang dapat temu janji vaksin tu janganlah lepaskan peluang. Berapa ramai yang nak sangat pergi vaksin tapi tak dapat,

“Macam saya, memang nak sangat pergi vaksin tapi nama saya tak lepas-lepas lagi. Jadi kepada semua jangan lepaskan peluang keemasan. Ini kebaikan untuk kita semua dan juga untuk orang sekeliling kita,

“Jangan takut untuk ambil vaksin itu,” katanya kepada media.

 

Nana telah memberikan pendapat tersebut menerusi satu sidang media yang diadakan secara virtual bagi mempromosikan lagu single terbarunya yang berjudul Cukup Derita itu.

Sehingga kini, lirik muzik video Cukup Derita Itu telah meraih lebih 150,000 tontonan di Youtube.

Foto: Instagram Siti Nordiana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here