Baru-baru ini, nama pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew telah mendapat perhatian ramai selepas menerima kritikan daripada penyanyi rap, Caprice sekaligus tular di laman media sosial.

Insiden ini berlaku selepas penyanyi rap ini ada meluahkan rasa kurang senang terhadap Misi Kemanusiaan di Palestin yang digiat dijalankan oleh Ebit sebelum ini.

Lalu, Ebit telah tampil meluahkan perasaan dan menzahirkan rasa sedih berhubung perkara tersebut menerusi satu rakaman video.

Menyedihkan lagi, Ebit dilihat turut mengalirkan air mata kesedihan oleh kerana tidak dapat menahan rasa sebak dalam dirinya.

“Saya susah nak benci orang daripada dulu, susah nak lawan orang, susah nak kata pada siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa. Tapi kebelakangan ini, orang tak berhenti datang, semua orang nak cari gaduh dengan saya, semua orang nak cakap bukan-bukan dekat saya, mesej saya bukan-bukan, cakap bukan-bukan,

“Saya jadi sedih, saya memang tak takut pada siapa-siapa daripada saya kecil. Saya cuma tahu hidup saya Allah tentukan, mati saya Allah yang tentukan,

“Cuma saya tak suka nak balas kalau orang mesej saya bukan-bukan, saya tak balas. Kalau orang ugut saya pun saya tak balas. Setakat kata-kata saya tak kisah, tapi bila melibatkan macam-macam orang saya jadi sedih,

“Saya jadi sayu bila saya fikir dunia ni tak seindah yang kita sangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia pun ada orang nak benci kita, ada orang nak lawan kita saya pun tak faham,

“Banyak kawan-kawan saya tak kenal Tuhan dulu tapi masa kita jahat kita tak jumpa benda-benda macam ni. Tapi bila kita cuba jadi baik, cuba dekat dengan Allah, buat dakwah ujian tu dia tak berhenti-henti,

“Mungkin ada lagi ujian-ujian yang akan datang dalam hidup saya, mungkin saya pun tak tahu. Mungkin satu hari kalau saya dah tak ada, saya cuma nak beritahu saya cuba buat ni semua untuk Allah sayang kita,” katanya.

Foto: Instagram Ebit Lew, Caprice

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here