Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon yang sinonim dengan lagu berjudul Menaruh Harapan.

Baru-baru ini, Zaiton telah diundang sebagai tetamu jemputan secara virtual di program bual bicara Malaysia Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3.

Menerusi program tersebut, Zaiton ada berkongsi perkembangan terkini dirinya serta rutin yang dilakukan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

“Sepanjang PKP ni, tentulah bosan sebab duduk dekat rumah sahaja kan. Tapi saya adalah berkarokae, melakukan aktiviti senaman dan mengaji untuk menambahkan lagi amal ibadat sebab usia pun dah lanjut ni kan,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi yang turut terkenal menerusi lagu Kabut Serangkai Mawar ini meluahkan rasa rindu untuk kembali menyanyi dan menghiburkan peminat.

“Saya teringin nak buat album baru tapi belum ada lagi syarikat rakaman yang nak meminang saya,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, Zaiton mencipta nama sebagai seorang penyanyi terkenal selepas lagu Menaruh Harapan nyanyiannya dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu 1987.

Foto: Instagram Zaiton Sameon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here