Penyanyi, Siti Sarah ada meluahkan rasa sedih serta kebimbangan apabila kes positif Covid-19 kian meningkat saban hari di seluruh negara.

Malah, penyanyi yang sinonim dengan lagu Semakin ini bersimpati kepada ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang akibat pandemic Covid-19 yang melanda diseluruh dunia.

Lalu, isteri kepada pelawak Shuib ada memberikan cadangan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya.

“Kepada yang dm tanya kenapa lama tak post apa-apa.. maaf saya terlalu terkesan dengan apa yang berlaku di Israel. I feel like not posting anything,

“Ada lagi sebenarnya.. ramai orang diluar sana kehilangan keluarga akibat COVID-19 .. makin ramai orang beratur buat swab test. I don’t know what to do how to help.. hanya doa,

“Sebab tu sekiranya ada diantara korang yang boleh merentas, kita jaga lah hati mereka yang tak dapat merentas tak payah post.. kita hormati sesama kita ya sayang,

“Kadang-kadang terfikir juga untuk bagi cadangan lock down 30 hari.. kita merana 30 hari lepas tu kita merdeka! Selamanya lepas itu,” tulisnya menerusi InstaStories.

Foto: Instagram Siti Sarah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here