Baru-baru ini, penyanyi Linda Nanuwil ada tampil memberikan penjelasan terhadap spekulasi orang ramai yang mendakwa dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka yang berstatus VIP.

Linda atau nama sebenarnya Norlinda Nanuwil ketika ditemu bual menerusi rancangan hiburan Melodi, TV3 menafikan dakwaan tersebut,

“Saya kurang pasti bagaimana berita yang kurang sahih ini tersebar luas tapi apa yang saya ingin katakan disini saya tidak menjalinkan mana-mana hubungan dengan VVIP. Saya belum lagi bertemu dengan mana-mana VVIP dan berita itu semuanya adalah palsu,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi berusia 38 tahun ini turut menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya ‘ditanggung’ oleh golongan yang berstatus VIP.

Selain itu, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini berkata dia tidak gemar untuk menganggu kebahagiaan rumah tangga orang lain.

“Terus-terang saya katakan kekayaan bukanlah segalanya, itu bukan prinsip saya. Malah, saya tidak akan menganggu kebahagiaan orang lain. Aku untuk kau, kau untuk aku,”

“Siapa sahaja yang tidak mahu kaya kan? Tapi saya ada satu prinsip yang saya pegang kalau boleh jodoh saya tu biarlah yang bujang. Kalau dapat golongan yang berduit dan bujang itu bonus,” katanya lagi.

Foto: Instagram Linda Nanuwil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here