Penyanyi dan usahawan, Lufya Omar ada memberikan kata nasihat kepada kaum lelaki yang sudah menjadi ketua keluarga wajib menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sempurna.

Selain itu, Lufya berpendapat seorang suami itu boleh mencapai kejayaan dalam hidup dengan memberikan kebahagiaan dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada isteri.

Gambar

Gambar

Lalu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar menasihati kepada para suami untuk sentiasa menghargai dan memberi kebahagiaan kepada isteri.

Baginya, kebahagiaan isteri adalah merupakan kunci untuk membuka pintu rezeki yang lebih luas buat para suami.

“Kebanyakkan lelaki yang berjaya dan melimpah-limpah rezekinya adalah lelaki yang memenuhi keperluan keluarga terutama isteri dan anak-anaknya. Kewajipan tu satu kemestian..

“Yang selalu membahagiakan dengan memberi penghargaan dan hadiah ni tinggi nilainya. Kalau tang yang kedekut tu kadang bukan xde duit tapi cepat je habis sebab tak ada baraqah dalam rezekinya..,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini memohon kepada kaum lelaki yang sudah bergelar suami untuk bersikap setia.

“Renung-renungkan.. Selamat Beramal Sayangi isteri anda dan tolong setia. Takyah dm sis sebab tak minat suami orang. Sekian.,” tulisnya lagi menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Laana Haura, 3 tahun.

Bagaimanapun, pasangan tersebut bercerai pada 17 Jun tahun lalu.

Foto: Instagram Lufya Omar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here