Baru-baru ini, penyanyi Hasnol telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat mengenai topik yang bertajuk ‘Hibah Perlu Atau Tidak?’ bersama penonton program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3.

Perkongsian yang diadakan secara virtual itu, penyanyi berusia 51 tahun ini berkata adalah sangat penting untuk ketua keluarga melakukan perancangan hibah dan wasiat harta kepada waris.

“Bagi saya, Hibah ni satu keperluan untuk keluarga dan saya pun memang dah sediakan untuk anak-anak pun sebenarnya sebab kita tak tahu bila kita akan pergi kan. Jadi itu sebahagian daripada peninggalan saya kalau saya sudah tiada,

“Pada pendapat saya, kita ni hidup kalau tiada hutang bukan lah namanya manusia. Jadi kita kena seimbangkan apa yang kita nak berikan kepada keluarga sama ada peninggalan hutang ataupun harta,

“Ketika dalam keadaan kita masih sihat kita kena buat, masa tengah sihat kena buat bukan masa bila dah sakit baru nak buat. Bukan apa, takut tak sempat dan itu yang selalu terjadi gaduh dengan adik-beradik sebagainya,” katanya.

Sebagai seorang ketua keluarga, Hasnol atau nama sebenarnya Hasnol Hassan Ariff mengakui tidak mengambil berat mengenai hal hibah dan pengurusan harta pusaka, sebelum ini.

Namun, Hasnol mulai ada rasa kesedaran untuk melakukan perancangan hibah dan wasiat kepada warisnya supaya pertenglikahan dalam keluarga dapat dielakkan.

“Bagi saya sendiri pun, saya pun sebenarnya kurang ambil berat mengenai hal ini pada mulanya. Tapi benda ini penting, kita tak tahu bila kita akan bila masa kita akan tiba untuk pergi,

“Contoh, saya bagi kisah saya pada semua, saya ada rumah pusaka tapi saya tak jaga rumah tu malahan adik-beradik saya yang jaga rumah tu, jadi saya bagi tahu pada mak saya hibah atau wasiatkan pada adik-beradik saya yang lain,

“Dari situ saya dah ambil berat mengenai hal hibah ni pada adik-beradik saya yang lain. Kadang-kadang kalau kita buat tak tahu benda ni terpaksa jadi hal mahkamah. Jadi saya awal lagi dah bagi dekat dekat adik-beradik,” kongsinya lagi.

Foto: Instagram Hasnol

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here